Thursday, July 12, 2007

Parlimen: Pengeksportan Kereta Nasional, PROTON dan PERODUA




PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: Y.B TUAN FONG KUI LUN

KAWASAN: BUKIT BINTANG

TARIKH: 10/7/2007 (SELASA)

SOALAN:
Y.B. TUAN FONG KUI LUN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kerata nasional seperti PROTON dan PERODUA yang dieksport pada setiap tahun dan negara-negara pembeli.

JAWAPAN:

Tuan Yang DiPertua,

Bagi tempoh 1986 hingga 2006, sebanyak 278,993 unit kenderaan telah dieksport oleh PROTON.

PROTON mengeksport sebanyak 19,478 unit pada tahun 2006 berbanding 13,572 unit kenderaan pada tahun 2005, iaitu peningkatan sebanyak 44 peratus. Destinasi eksport utama terdiri daripada United Kingdom, Australia, Singapore, Germany dan Iraq.

PERODUA telah mengeksport sebanyak 19,008 unit kenderaan daripada tahun 1996 hingga 2006. Sebanyak 2,586 unit kenderaan dieksport oleh PERODUA pada tahun 2006, iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus daripada 2,354 unit kenderaan yang dieksport pada tahun 2005. Negara-negara eksport utama adalah United Kingdom, Singapore, Mesir, Syria dan Mauritius.

Sekian, terima kasih.

No comments: