Ucapan oleh YB Sdr Fong Kui Lun, Ahli Parlimen DAP kawasan Bukit Bintang semasa membahaskan Peruntukan 2008 bagi Kementeri Sumber Manusia (peringkat Jawatankuasa) di Dewan Rakyat pada 4.12.2007:
Tuan Pengerusi,
Saya ingin perhatian Dewan yang mulia mengenai agensi pekerjaan Mega Access Resources (No pendaftaran 001583837-K) yang beralamat Lot 7.23-7.24, tingkat 7, Plaza Imbi, No.28 Jalan Imbi, Kuala Lumpur yang menjalankan operasi agensi pekerjaan dengan memperlawa para penganggur, remaja lepasan sekolah, graduan mendaftarkan diri dengan agensi ini bagi tujuan membantu mendapatkan pekerjaan. Para pencari pekerjaan ini dikehendaki membayar RM165 bagi consultataion and documentation fees dan dikehendaki juga menandatangani perjanjian ‘consultation agreement’ dan dijanjikan pekerjaan yang diminta. Isi kandungan perjanjian pun bertujuan mengelirukan mangsa. Malangnya pekerjaan tersebut tidak menjadi reality sebaliknya dijanji dari hari ke hari dan mereka yang menjadi mangsa ini tidak mendapat balik wang yang telah dibayar.
Bila dibuat semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai latar belakang agensi ini, fail tersebut tidak boleh ditemui (semacam ada sesuatu yang berlaku). Ramai yang terkorban menjadi mangsa agensi pekerjaan palsu. Sungguhpun ada aduan dibuat ke Jabatan Sumber Manusia, tiada tindakan dibuat malah aduan kepada YB Menteri pun masih belum ada jawapan dan tindakan lagi sedangkan hari demi hari semakin ramai yang menjadi mangsa.
Saya difahamkan TV3 ada membuat liputan siaran dan YB Menteri ada memberi komen tetapi mengapa sehingga sekarang agensi terbabit masih terus beroperasi dan dalangnya sukar dikesan. Laporan polis yang dibuat tidak bermakna apa-apa.
Ada sebuah agensi lagi bernama Grand Paramount Enterprise (no pendaftaran 001710517-T) beralamat Level 10.02 Menara PanGlobal Lorong P Ramlee, Kuala Lumpur menjalankan aktiviti agensi pekerjaan tanpa lessen. Tetapi disini, para pencari pekerjaan dikehendaki membayar RM360 sebagai deposit.
Dalam suasana keperitan para graduan mencari pekerjaan selepas mereka habis belajar dan sudah sedia menunggu agensi penyangak untuk menelan mangsa, maka saya berpendapat bahawa kementerian tidak boleh berlengah dan berlepas tangan serta menuding jari. Pegawai-pegawai kementerian wajib menyelamatkan ramai graduan dan pencari pekerjaan dari terus menjadi mangsa sehingga suatu masa nanti agensi itu menghilangkan diri dan pihak kementerian dan mangsa-mangsa hanya berputih mata sahaja.
Saya membangkitkan hal ini kerana sering menerima aduan sedemikian dan kebanyakan mereka melahirkan kekesalan kepada pihak YB Menteri dan kementerian yang tidak berbuat apa-apa dengan serta-merta seolah-olah kementerian sumber manusia tiada taring untuk bertindak. Kita harus faham bahawa pengusaha agensi sedemikian boleh bermaharajalela bila kementerian tidak tegas untuk bertindak, seolah-olah masalah ini kecil sedangkan agensi-agensi ini sudah lama beroperasi dan berjaya mengaut wangtunai mangsa-mangsa dengan banyak dan pada akhirnya melepaskan diri.
Saya mahu YB Menteri memberi jawapan yang tegas, jaminan yang boleh dipercayai untuk membela nasib mangsa-mangsa agensi pekerjaan haram.
Tuesday, December 4, 2007
Monday, December 3, 2007
Peruntukan 2008 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Ucapan oleh YB Sdr Fong Kui Lun, Ahli Parlimen DAP kawasan Bukit Bintang semasa membahaskan Peruntukan 2008 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Peringkat Jawatankuasa) di Dewan Rakyat pada 3.12.2007:
Tuan Pengerusi,
Saya ingin membangkitkan mengenai kedudukan pili bomba sekitar Kuala Lumpur masakini. Sungguhpun kebakaran tidak atau kurang berlaku dalam pusat Bandar, tidak berarti pihak bomba harus alpa dan mengabaikan tugas mereka untuk memeriksa pili-pili bomba sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dari semasa ke semasa.
Sebagai wakil rakyat saya tidak melihat perkara ini dibuat oleh bomba. Apa yang berlaku ialah bila kebakaran terjadi, kebiasaannya pili bomba tidak dapat berfungsi dengan sempurna, seperti berkarat, tekanan air rendah ataupun langsung tiada bekalan air sampai untuk menembak sasaran kebakaran. Kes-kes sebegini yang pernah berlaku dahulu hendaklah dijadikan iktibar supaya tidak berulang lagi.
Bagi memudahkan urusan, pihak bomba boleh menjadikan penduduk-penduduk terdekat pili bomba sebagai anak angkat untuk mereka sama-sama menjaga pili tersebut seperti tidak berlaku halangan misalnya gerai-gerai penjaja, kenderaan dan sebagainya.
Bagaimana pula latihan pencegahan kebakaran bersama-sama penduduk yang jarang dibuat di kawasan Pusat Bandaraya melibatkan bangunan-bangunan tinggi sama ada mempunyai pintu keluar yang cukup, bersedia digunakan bila perlu. Kesemua ini hendaklah diperiksa dari semasa-masa supaya setiap pihak berjaga-jaga terutama PPR dan rumahpangsa sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal, yang mana kini telah tertubuh Jabatan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Sisa Pepejal Negara, saya ingin bertanya bagaimanakah kedudukan konsep membeli-balik sisa pepejal dan sampah-sarap yang mana orang ramai turut sama mendapat keuntungan dengan menjual balik sampah dan bahan buangan mereka kepada syarikat pengutip sampah. Bagaimana sambutan masyarakat dan apakah halangannya. Bagaimana konsep ini boleh diperkembangkan ke kawasan-kawasan lain.
Mengenai Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pula, saya ingin penjelasan jumlah kes dan jenis kes serta bagaimanakah kedudukan projek terbengkalai yang Berjaya dipulihkan dan tidak dapat dipulihkan dalam tahun 2006, 2007.
Mengenai Kerajaan Tempatan, saya ingin menyambut baik dan memuji Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang membuat lawatan mengejut ke PBT dan yang terakhir saya mendapati telah melakukan lawatan ulangan mengejut di MPAJ untuk mempastikan sama ada arahannya sebelum itu telah dipatuhi. Sikap sebegini yang positif harus diikuti oleh ketua-ketua pentadbiran yang lain. Saya minta Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Ketua Pengarah DBKL pergi ke bawah membuat lawatan mengejut ke kawasan-kawasan bermasalah bagi memerangkap pegawai dan kakitangan yang tidak cekap, tidak mampu bekerja rajin atau yang jenis ‘tuang’ (ponteng).

Subscribe to:
Posts (Atom)