Gambar menunjuk YB Fong bersama Penduduk di Kawasan Tiong Nam semasa berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur, pada 10 Jun 2007. ( Gambar ini ditangkap pukul 10.30 malam 10/6/2007)
Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, YB Fong senantiasa sedia berkhidmat pada bila-bila masa.
Ucapan oleh YB Sdr Fong Kui Lun, Ahli Parlimen DAP kawasan Bukit Bintang, semasa membahaskan Usul dibawah Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat , di Dewan Rakyat pada 18 Jun 2007:
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Besar Lagi Pada 10 Jun 2007 – Projek RaksaksaTebatan Banjir dan Terowong Banjir SMART gagal
Tuan Yang di Pertua
Penduduk-penduduk Kuala Lumpur mengeluh lagi, bukan di Kuala Lumpur malah di Lembah Kelang sepanjang persisiran Sungai Kelang dan Sungai Gombak serta sungai Batu mengeluh dan kesal bahawa banjir besar melanda lagi pada Ahad 10 Jun 2007 iaitu satu banjir besar bagi 2007 meskipun pada 3 Jun 2007 banjir melanda kawasan Brickfields. Nampaknya banjir kilat sentiasa berulang pada setiap tahun misalnya pada 30 April 2000, 26 April 2001, 20 Oktober 2001, 11 Jun 2002, 10 Jun 2003, 2004, 2005, 24 Ogos 2006. Akan tetapi banjir besar kali ini mengandungi 7.5 juta meter padu lebihan air membanjiri sebahagian Kuala Lumpur.
Di ibunegara, kawasan terjejas teruk ialah Jalan Tun Perak yang menempatkan Masjid Jamek, Stesyen LRT dan Putra, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Masjid India, Jalan Melayu, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Gereja, Dataran Merdeka, Tiong Nam, Kampong Baru, Dang Wangi, Sentul, dan sebagainya. Akibatnya, banyak kenderaan rosak ditenggelami air, kedai-kedai, pejabat, barang-barang perniagaan menjadi rosak, kerugian lampau berjumlah antara RM20,000 hingga RM200,000 masih belum berganti, dokumen pejabat rosak, buku-buku Perpustakaan Kuala Lumpur juga rosak, barang perniagaan yang baru diturun dari kargo juga rosak, terlalu banyak barang yang musnah jika hendak disenaraikan. Itu sebab penduduk-penduduk Kuala Lumpur mengeluh dan fobia bila banjir datang lagi. Kemusnahan masa lalu akibat banjir masih belum berganti lagi kini sudah datang kemusnahan baru. Ini tidak termasuk dengan para pemandu kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas akibat banjir dan bagi Negara pula imej Negara terjejas dan nama yang baik itu telah dicuci bersih dengan kejadian banjir besar ini.
Kedai-kedai bawah Dataran Merdeka, kenderaan terperangkap dengan banjir dan memakan seminggu untuk menyedut keluar air banjir, para peniaga kecil dan penjaja yang yang mana barang-barang pernaiagaan mereka disapu air menanggung kerugian dan kesedihan kerana tidak tahu bagaimana hendak mengumpul modal untuk memulakan perniagaan baru, barang-barang jualan yang rosak tetapi masih boleh dipakai terpaksa dijual murah.
Siapakah yang patut dipersalahkan. Rakyat menyalahkan pihak berkuasa seperti DBKL, Jabatan Perparitan dan Saliran yang bertanggungjawab terhadap sungai, projek’Cintai Sungai Kita” telah dibawa arus ke dalam sungai. Mengapakah projek tebatan banjir yang sudah memakan masa bertahun-tahun lama masih belum menjelma untuk menolak semua air ke dalam sungai dan dibawa ke laut. Rakyat menganggap projek tebatan banjir ialah projek main-main. Kerajaan meletakkan punca kepada hukum Tuhan sedangkan Tuhan menyuruh hambaNya berikhtiar dan berusaha untuk mengelak banjir. Masing-masing agensi menyalahkan antara satu sama lain, JPS menyalahkan pembangunan yang pesat di kawasan hulu sungai maksudnya di kawasan Negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur, tidak kurang pula kesalahan diletakkan pada kelemahan perancangan Bandar. Mengapa projek tebatan banjir berjalan perlahan, apakah yang sudah ditebat selama ini. Mengapa Kerajaan tidak mengambil pelajaran dan iktibar dari kejadian-kejadian banjir yang sentiasa berulang selama beberapa tahun ini. Setiap kali banjir kita semua gempar, bila air surut dan tidak berlaku hujan, kita mula leka dan lengah. Inilah yang berlaku selama ini.
Kerajaan meluluskan projek pembinaan terowong air banjir (SMART) antara Kampong Berembang, Ampang ke Sungai Kerayong dalam dalam masa yang sama terowong itu boleh digunakan sebagai laluan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan. Projek yang memakan lebih RM1.9 bilion (yang mana Kerajaan menanggung RM1.5 bilion dan baki RM600 lagi ditanggung oleh Gamuda/MMC) nampaknya bukan lagi projek mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur. Ia menjadi projek mencari kauntungan lebih cepat bila laluan kenderaan dibuka lebih awal dari laluan terowong air banjir.