Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ,berdasarkan senarai di bawah Putrajaya Committee for GLC High Performance (PCG) terdapat 45 buah Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC tersenarai.Di bawah Program Transformasi GLC,semua GLC digalakkan menberi sumbangan kepada masyarakat.Tanggungjawab sososial atau Corporate Social Responsibility (CRS) perlu dizahirkan dari segi menyediakan peluang perniangaan kepada pengusaha tempatan termasuk pemberian kontrak kepada Bumiputera,komposisi guna tenaga syarikat berasaskan kaum,pembangunan modal insane serta sumbangan kepada kesejahteraan rakyat,terutamanya terhadap golongan kurang bernasib baik.
Memandangan GLC terlibat di dalam bidang yang pelbagai dan berbeza tuntutan perniagaan di antara satu GLC dengan GLC yang lain,tiada ketetapan dibuat mengenai jumlah atau peratusan yang perlu disumbangkan oleh setiap syarikat tersebut.GLC sebaliknya dikehendaki menetapkan peruntukan pada kadar yang wajar untuk memberikan nilai tambahan kepada syarikat secara strategic.
Selaras dengan asas-asas Program Transformasi GLC yang mendokong Dasar Pembangunan Negara termasuk pembangunan modal insan sebagai salah satu teras strategic,GLC memberikan tumpuan kepada program-program CSR berkaitan pendidikan .Dio antara program pendidikan yang dilaksanakan adalah Program Promotion Intelligence,Nurturing Talent and Adcvocating Responsibility (PINTAR) sebagai teras kepada kegiatan CSR masing-masing.GLC juga turut mengadakan kelas tuisyen ,program pemakanan sihat,aktiviti motivasi dan kaunseling serta mengadakan bengkel peningkatan kemahiran di sekolah-sekolah angkat.
Setakat ini,sejumlah 24 GLC serta anak-anak syarikat mereka telah mengambil lebih kurang 77 buah sekolah sebagai sekolah angkat di Wilayah Utara ,Selatan dan Timur di bawah program PINTAR.
GLC memberikan tumpuan kepada generasi muda sebagai golongan yang disasarkan dengan menjurus kepada pembagunan modal insane melalui bidang pendidikan.Ini memandangkan generasi muda adalah sebagai penggerak kemajuan Negara pada masa depan.Selain daripada kegiatan CSR sedia ada,syarikat GLC turut akan menekankan tanggungjawab social yang lain termasuk khidmat kemasyarakat (program pembasmian kemiskinan dan bantuan bencana alam),perlindungan alam sekitar ,hal ehwal pekerja serta perniagaan beretika melaui strutur urus tadbir korporat yang kukuh.