Friday, December 14, 2007

Parlimen : MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN


Y.B.TUAN FONG KUI LUN ( BUKIT BINTANG) minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan anggaran peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi pelbagai sector yang disediakan bagi WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Tuan YANG Di Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan(Tahun 2006-2010) untuk pelbagai sector sebanyak RM2,423.29 juta.Peruntukan yang dimohon adalah bagi membiayai projek-projek sambungan dan projek-projek baru yang akan dilaksanakan bagi tujuan menambah dan meningkatkan prasarana untuk kemudahan dan keselesaan warga bandar raya.
Daripada peruntukan yang dimohon tersebut ,sejumlah RM1,582.67 juta adalah bagi membiayai projek-projek sambungan dan selebihnya adalah bagi membiayai projek-projek baru.Projek-projek baru termasuklah projek pembinaan jalan dan jambatan ,pembinaan pasar dan kompleks perniagaan,rekresi dan kemudahn awam serta perumahan dan kemudahan awam.
Jumlah sebenar peruntukan akan ditentukan oleh agensi pusat dan Kerajaan nanti.

No comments: