YB Fong: Sudah Lepas Tarikh Siap, Tapi Projek Belum Siap Lagi!
JKR Berikan Saya Jawapan!
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN FONG KUI LUN (BUKIT BINTANG)
BERTARIKH : 18 JUN 2007
SOALAN:
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan bilakah projek lebuh raya expressway Jalan Sultan Ismail keBulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur boleh disiapkan dan kospembinaan yang terlibat.
JAWAPAN:
TUAN YANG DIPERTUA,
UNTUK MAKLUMAN AHLI YANG BERHORMAT, PERLAKSANAAN PROJEK MEMBINA JALAN SAMBUNGAN DARI JALAN SULTAN ISMAIL KE BULATAN KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR TELAH BERMULA PADA 10 JUN 2005 DAN DIJANGKA AKAN DAPAT DISIAPKAN PADA 11 DISEMBER 2007. KOS PEMBINAAN PROJEK SEMASA ADALAH SEBANYAK RM 105 JUTA.
UNTUK MAKLUMAN AHLI YANG BERHORMAT, KOS BAGI KESELURUHAN PAKEJ INI ADALAH SEBANYAK RM 119.98 JUTA, PROJEK INI DILAKSANAKAN OLEH SYARIKAT MUHIBAH PERNIAGAAN DAN PEMBINAAN SDN BHD. KEMAJUAN KERJA PROJEK INI ADALAH 70.3%. MANAKALA, SKOP PROJEK INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- MEMBINA JALAN SAMBUNGAN 3 LANE DUAL CARRIAGEWAY SEPANJANG 900 METER DARI PERSIMPANGAN JALAN SULTAN ISMAIL/JALAN IMBI KE JALAN TUN RAZAK/BULATAN KG. PANDAN;
- MEMBINA UNDERPASS 2 LANE DUAL CARRIAGEWAY PADA JAJARAN JALAN SAMBUNGAN KEPADA JALAN SULTAN ISMAIL KEPADA JALAN SULTAN ISMAIL KE JALAN KG. PANDAN.
- MEMBINA OVERPASS YANG MENGHUBUNGKAN JALAN CHANGKAT THAMBI DOLLAH KE JALAN BARAT.
- MEMBINA UNDERPASS PADA JAJARAN JALAN SULTAN ISMAIL KE JALAN SAMBUNGAN KEPADA JALAN SULTAN ISMAIL; DAN
- PENJAJARAN SEMULA DENGAN IZIN APPROACH ROAD MELIPUTI KERJA-KERJA PERPARITAN, KERBING LALUAN PERJALAN KAKI DAN LAMPU JALAN.
Maklumat Tambahan
Tajuk Projek:
Cadangan Membina Jalan Sambungan Dari Jalan Ismail Ke Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Kontraktor: Syarikat Muhibah Perniagaan Dan Pembinaan Sdn. Bhd.
Kaedah Perlaksanaan: Rundingan Terus, Konvensional
Kos Asal Kontrak: RM 119, 978, 000.00
Kos Projek Semasa: RM 104, 978, 088.00
Tarikh Milik Tapak : 10/06/2005
Tarikh Siap Asal : 09/06/2007
Tarikh Siap Baru: 09/06/2007
Tempoh Kontrak: 24 Bulan
Lanjutan Masa: 6 Bulan
Tempoh Tanggungan Kecacatan : 12 Bulan
Kemajuan Kerja Sebenar : 70.3%
Kemajuan Kerja Jadual : 76.1 %
Sekian!!!
No comments:
Post a Comment