Tuesday, April 22, 2008

SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS

  1. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan operasi tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur keatas para penjaja, pekedai, pemandu kenderaan dan sebagainya yang dilaksanakan sebaik sahaja Pilihanraya Umum 2008 selesai tetapi ditangguhkan semasa tempoh kempen pilihanraya berjalan, yang menyebabkan ramai penduduk Kuala Lumpur menerima tindakan saman.
  2. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Penerangan menyatakan laman web dan blogger yang terdapat di Malaysia masakini serta kadar pelawat setiap hari untuk luar negeri dan tempatan dan apakah kesan positif dan negatif keatas Negara kita.
  3. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan jumlah masjid/surau, gereja, tokong dan kuil berdaftar yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; nisbah rumah ibadat dengan penduduk sesebuah kawasan; bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan dan masalah kesukaran mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti.
  4. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan adakah beliau sedar bahawa walaupun sesebuah parti menang majoriti sesebuah Kerajaan Negeri tetapi masalah perlantikan ketua kerajaan negeri dihalang oleh peruntukan kaum/agama tertentu dan tidakkah halangan ini suatu diskriminasi politik tertinggi dalam Negara ini dan apakah penyelesaiannya.
  5. Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan bilangan penasihatnya, bidang kuasa serta kepakaran, nama mereka dan tugas/prestasi mereka.

4 comments:

Khun Pana said...

Harap pihak DAP , pihak PR dan Fong K.L . minta orang Imigresen /RELA dan polis jangan ganggu para penghuni rumah disekitar Jalan Imbi dan Jalan Alor.
Bukan semua orang yang tinggal disini ialah pendatang asing.
There are a lot of families staying here , tell them NOT to knock on our doors so rude at 3am.
We are FED UP with these rela

Thank you.

Billgates said...

Excellent job YB. With you around, Bukit Bintang will be safe.

http://pakatanrakyat-wp.blogspot.com

roslisalem said...

Tolong sampaikan pesan berikut kepada Karpal Singh,
atau tolong postkan ke blog beliau.

Saya cuba login blog beliau, tapi agak sukar.

Komen saya :

Salam Sejahtera Tuan.
Saya ucapkan tahniah atas kemenangan tuan dan pakatan rakyat dalam PRU12 baru-baru ini.

Diharapkan tuan dan rakan-rakan dapat memberi khidmat baik, demi kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat.

Saya juga berharap tuan dan rakan-rakan dapat fokus kepada kerja kebajikan dan keadilan kepada rakyat.

Tuan dan rakan-rakan tidak sepatutnya menimbulkan apa-apa isu dan dasar yang berbeza kerana saya dan rakan-rakan yang mengundi tuan dan rakan-rakan tuan adalah untuk menjaga kebajikan dan keadilan kami semua.

Saya dan rakan-rakan tidak mengundi tuan dan rakan-rakan tuan untuk saling berdebat tentang isu perkauman, agama dan adat resam budaya masing-masing.

Cukuplah tuan dan rakan-rakan tuan bekerja keras, siang dan malam untuk menjaga hal ehwal kebajikan kami, dan jika ada perbalahan atau pertembungan pendapat, lakukanlah secara bijak dan perbincangan sesama tuan.

Selepas puas berbincang atau berdebat, keluarkan sahaja hasilnya kepada rakyat. Bukan secara terus-menerus bermain dengan media masa. Situasi hari ini cukup meresahkan bila tuan dan rakan-rakan lebih banyak bercakap dari bekerja.

Sebagai pengundi tuan dan rakan-rakan tuan, sekali lagi saya minta, KURANGKAN BERCAKAP, BANYAKKAN BEKERJA ..

boleh reply ke blog saya : roslisalem.blogspot.com atau emel roslisalem@gmail.com

Khun Pana said...

Thank you to Fong KL for tabling this in parliament , but we dont think bn will gives in as bn still wants the "power" and will gives all sorts of excuses >>>

>PR-1211-U12648 on local government election or the 3rd.vote