Tuesday, April 22, 2008

SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN

30.4.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan bilangan aduan yang diterima sepanjang tempoh pilihanraya umum 2008 daripada calun-calun dan orang ramai berhubung kesalahan pilihanraya dan apakah tindakan yang diambil keatasnya.


5.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan apakah beliau sedar bahawa keputusan pilihanraya umum 2008 menunjukkan sikap sokongan rakyat telah berubah yang menyebabkan peratusan undi yang diterima BN dan Pakatan Rakyat hampir sama, berbanding dengan sokongan sebelumnya, dan politik Malaysia telah memulakan buku baru.


6.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat masakini dan kesan pertukaran keatas nilai barangan Malaysia dan import seperti kenaikan harga beras, gandum dan lain-lain.


7.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan apakah sebab penggunaan dakwat dibatalkan pada saat akhir sebelum pengundian Pilihanraya Umum 2008 lalu, kos pembelian dan kerugian yang ditanggung SPR dan mengapakah berlaku kertas- kertas undi pos tidak dikembalikan atau hilang sebelum jam 5.00 petang pada hari pengundian dan apakah kawasan pilihanraya yang terlibat.


8.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kedudukan lambakan barangan import yang tidak bermutu di pasaran Malaysia yang menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat


12.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah semua Ahli Parlimen pembangkang dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak mendapat peruntukan pembangunan kawasan Parlimen bagi kawasan masing-masing memandangkan kekalahan calun-calun BN bagi tempoh 4 tahun akan datang. Jika tidak, bagaimanakah ia disalurkan.


13.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan permohonan kewarganegaraan dan permit masuk bagi isteri asing warganegara Malaysia yang telah diterima, sedang diproses/dalam pertimbangan, diluluskan dan ditolak setakat 31 Mac 2008 dan apakah sebab kementerian lewat memberikan pertimbangan.



15.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berikutan kos sara hidup semakin tinggi dan harga barang-barang keperluan semakin meningkat, apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek kementerian untuk mempastikan harga dan kos barangan dan perkhidmatan berada dalam tahap kemampuan sebenar para pengguna.



21.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah di Kuala Lumpur sepanjang 2007 dan 2008 berbanding tahun-tahun sebelumnya, jenisnya, jumlah tangkapan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil.



22.5.2008
Tuan Fong Kui Lun minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah peruntukan tahunan oleh Kerajaan Persekutuan untuk negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor yang ditadbir oleh kerajaan campuran Pakatan Rakyat sepanjang tempoh 5 tahun akan datang, berbanding dengan negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Kerajaan BN dan apakah peruntukan/bantuan itu dan bagaimanakah bentuk kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Lima Kerajaan Campuran Negeri berkenaan akan berjalan.

1 comment:

Anonymous said...

keep it up