Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan kedudukan bilangan kes lesen sementara sementara dan statik kepunyaan para penjaja dan peniaga kecil yang ditarik balik atau diambil untuk siasatan oleh DBKL yang menyebabkan para penjaja tidak boleh memperbaharui lesen mereka sepanjang 5 tahun lalu dan bilakah lesen tersebut akan dikembalikan.
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah sebab DBKL meluluskan peruntukan sebanyak RM18 juta kepada kontrak berpenggal No.2/08 pada April 2008 untuk kontraktor-kontraktor penyenggaraan perumahan awam DBKL sekali gus sedangkan sebelumnya kontrak berpenggal hanya sekitar RM satu ke tiga juta sahaja dan senaraikan nama kontraktor dan sekop kerja mereka.
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan kawasan perumahan awam DBKL yang dilaksanakan pemasangan jubin di setiap tingkat, kos terlibat dan sebab-sebab diberikan keutamaan pemasangan ini berbanding dengan keperluan yang lebih mendesak untuk penduduk.
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan peranan dan kes tuntutan insurans yang berjaya diselesaikan oleh Biro Pengantara Insurans dan yang tidak berjaya serta sebab-sebabnya.
Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membenteras kes penculikan kanak-kanak dari berulang dan nyatakan kedudukan kes-kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak yang belum selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment