Friday, July 4, 2008

Ucapan Penangguhan

MEWUJUDKAN SEBUAH BANDARAYA KUALA LUMPUR BERTARAF DUNIA YANG BEBAS DARI ANCAMAN JENAYAH, DADAH, KEKOTORAN SAMPAH, KESESAKAN LALULINTAS, BANJIR KILAT DAN MASYARAKAT HARMONI

Tuan Yang Dipertua,

Kita semua sedia maklum bahawa DBKL sekarang sedang mempamerkan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang bermoto ‘Ke Arah Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia’ untuk semakan dan bantahan awam sehingga 31 Ogos depan. Sungguhpun ia satu draf pelan yang baik pernah disediakan tetapi ia lebih tertumpu kepada plan pembangunan fisikal sahaja tanpa memfokuskan kepada pendekatan holistik dan pembangunan insan. Jika terlalu menekankan pembangunan luaran dan fisikal sahaja, saya bimbang Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 akan melahirkan masyarakat pelbagai kaum Bandaraya Kuala Lumpur yang berjiwa kasar dan keras pada masa depan.

Oleh sebab itu saya memfokuskan ucapan penangguhan ini supaya lima masalah penting iaitu aktiviti jenayah yang mengancam masyarakat, penularan najis dadah di kalangan golongan muda, kekotoran persekitaran yang berpunca dari pembuangan dan pelupusan sampah-sarap yang tidak teratur, masyarakat tidak membudayakan amalan kebersihan kawasan sendiri dan persekitaran, kesesakan lalulintas dan keadaan terperangkap diatas jalanraya yang terlalu lama, ancaman banjir kilat dan masyarakat yang kurang bercampur-gaul.

Aktiviti jenayah baik yang berat atau ringan adalah satu fobia masyarakat Bandaraya Kuala Lumpur. Selain kes pembunuhan, rompakan bersenjata, kecurian, pecah rumah, jenayah perdagangan, kes ragut, samun, kes-kes kecil seperti penyeluk saku dalam bas dan tren LRT dan di stesyen-stesyen masih berlaku. Saya tidak menafikan tugas dan peranan anggota keselamatan seperti polis dan penguatkuasa tetapi keupayaan mereka untuk menangani masalah ini tidak mencukupi. Walaupun ditambah pemasangan CCTV di kawasan strategik namun penjenayah beralih tempat untuk melakukan kegiatan seperti diatas jejantas dan lorong yang sunyi.

Mengenai masalah sampah sarap yang bertaburan dan kutipan sampah-sarap yang kurang berkesan serta ditambah pula oleh sikap orang ramai yang enggan bekerjasama untuk membersihkan kawasan sendiri, sebenarnya mengundang masalah kekotoran kepada tahap bahawa ia tugas wajib Alam Flora dan kontraktornya yang tidak boleh dipikul oleh pihak lain. Para pekerja Alam Flora lebih gemar mencari barang atau bahan buangan yang boleh dikitar semula berbanding mengutamakan kerja-kerja melupuskan sampah domestik yang bertaburan di tong-tong sampah.

Saya menyambut baik usaha membenteras ancaman najis dadah di kalangan para penagih tegar dan baru sekitar Kuala Lumpur. Walaupun operasi tangkapan dibuat dan mereka yang terlibat ditahan bagi suatu tempoh, kebanyakan mereka kembali semula kepada kehidupan lama untuk menagih. Selepas keluar dari pusat pemulihan. Jika tidak mendapat wang, mereka akan melakukan kerja mencuri, pecah rumah dan sebagainya bagi mendapatkan bekalan. Kerja-kerja pengedaran kini bertambah licik dan sukar dikesan.

Begitu juga dengan kesesakan lalulintas dalam Pusat Bandaraya. Kesesakan biasanya berpunca di persimpangan, laluan sempit akibat pertambahan bilangan kenderaan dalam satu masa. Berpunca dari kekurangan medan letak kereta bertingkat dalam suatu kawasan, kenderaan kadangkala terjadi akibat parkir berganda. Tidak ada makna DBKL menaikkan kadar caj parkir dari 60 sen ke 80 sen setiap jam dan melakukan kerja menyaman kenderaan kerana ia tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan dan parkir di luar petak letak kereta. Rakyat tidak akan marah jika medan letak kereta yang mencukupi dapat disediakan.

Banjir kilat pula sering terjadi atas permukaan jalan raya kerana saluran air ke longkang tersumbat atau kecil. Ia juga disebabkan laluan pejalan kaki yang lebar dan tinggi sedangkan permukaan jalan rendah. DBKL pula silap membina jalan iaitu lalulaluan kenderaan lebih kecil berbanding pembahagi jalan dan siar kaki yang luas dan memakan ruang rezab jalan. Kerana hendakkan keadaan jalan lebih cantik, tetapi rakyat terpaksa menanggung akibatnya mereka terperangkap dalam banjir kilat atas jalanraya yang dibuat oleg DBKL sendiri.

Kerajaan hendaklah menggerakkan Rukun tetangga dan dewan orang ramai dan perjumpaan penduduk supaya mereka lebih mudah berinteraksi dan memupuk perpaduan dan pergaulan. Mereka kini hidup dalam keadaan tidak bertegur-sapa bila berseliseh bahu sesama sendiri. Mereka hanya menegur dengan orang yang dikenali sahaja tanpa mengambil usaha untuk menegur dan bermesra dengan orang yang tidak kenal atau kenalan baru. Jangan membenarkan mereka membina dunia asing dalam persekitaran hidup mereka.

3 comments:

Lum CS said...

你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem

第十二届第二期国会会议开始两个星期了,在上个星期我们看到的是在野党议员们因为抗议无效而集体离席,还有行动党议员哥宾星公然挑战议长,而被禁足国会两天。这还不保括朝野议员平时的针锋相对,你认为这种现象是不是反映了我们的国会议员的纪律出现了问题?

相比其他国家的国会

议会制度问题

如何打造一流思维的国会

你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 1/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=RcqfCuidI5A
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 2/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=Ti8rnDu3up0
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 3/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=EwMPpLXOcvY
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 4/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=3FtF3Fv2VZ0
你怎么说 国会议员的紀律問題 discipline problem 5/5 ==> http://www.youtube.com/watch?v=7WvfYRLtCCg

很難想像,當國會罵戰成了一種常態,起初大家對這種文化嗤之以鼻,過後如果對國會的現實面麻木,慢慢的將會習慣成自然。我們的議員如果不自律,不自重、不自愛,沒有雄辯滔滔以理服人,只有巴剎式的討價還價丟人現眼,國會何止金玉其外,敗絮其中?

該是整頓議員紀律的時候

Oli said...

To YB Fong Kui Lun

afternoon YB. i have some question to ask regarding to the increasing of parking payment and the extension of time to 10pm. is the government have rational behind this? im not sure about this. i hope to know this. thanks

Khun Pana aka johanssm said...

BB as a major tourist shopping district and major hotel chain strip attracts various unwanted "guests".
Do invite the Datuk Bandar to count for himself the number of rats , roaches , drug addicts and filthy rubbish found in all back lanes of BB.
Businesses in BB are all suffering in silence. The rental in BB is already very high plus have to endures high electricity tariffs ,low spending tourist ,insufficient high rates parking and dbkl people who walks in for monthly "kopi-O" money.Many retailers and shop keepers have their inhouse CCTV recordings of such dbkl and the polis walking in to take "kopi-O".
Do you know it is very easy to buys ganja at Jalan Alor?

PR and DAP promised to change the dbkl. The promised was to have elected city mayor. Keep on pressuring the federal government for this. Before the residents and business people of KL throws the Datuk Bandar out from his office window.We the KL people are fed up with by the whims and fancies of the current federal government.